Posted by: Hanif
()
Kita sambung balik cerita pasal bos pergi Hokkaido.
Salah satu tempat yang bos lawat adalah taman lavender
Farm Tomita.
Farm Tomita terletak di Furano, Hokkaido. Dan Furano ini
terletak di tengah- tengah Hokkaido. Kalu korang datang dari
Sapporo, agak jauh la sikit, dalam 3,4 jam dengan kereta.
Tomita farm nie sangat la luas. Korang boleh jalan seharian dekat sini kot. Tempat
solat pun ada.
Amacam, cantik kan? Kebetulan tahun nie CoVid, pelancong sangat la sedikit berbanding
dengan tahun lepas- lepas, so bos boleh la ambik gambar cantik-cantik
Dan walaupun taman ini taman lavender, tak semua buanga adalah lavender.
Taman ini akan berubah mengikut musim.
Kedai yang menjual produk- produk dari lavender.
Dekorasi dengan bunga- bunga sangatlah cantik.
Dan diorang ade ruang kalau korang nak tengok dari atas tau.
Seperti biasa, produk- produk nie bos susah sikit nak beli.
Yang paling senang bos keluarkan duit adalah makanan.
So, bos beli aiskrim lavender mix dengan melon atau tembikai susu.
Sedap!! Korang kene cuba tau kalau korang datang sini.
Ops! bos lupa nak bagitau yang Furano nie famous dengan melon diorang nie.
Dari yang mahal gila- gila sampai la murah punya. Yang mahal gerenti sedap,
tapi yang murah nie, bagi bos dah berbaloi.
Tambahan gambar, imej bagi tempat ini adalah lavender, so sampai scooter kerja
diwarnakan purple. Klakar la pulak.
Older Entry I wanna get "2021 Tokyo Olympic pinbadge" >>
Newer Entry << 【Important notice Sakura Cafe & Restaurant 】
Posted by: hanif (July 31, 2020 5:46 AM)