Kebelakangan nie, Tokyo asyik hujan.
Hari- hari cuti pun, bos tak keluar rumah sangat.

Bos ade beli beli rak buku baru, tapi sebagai meja untuk letak
tv.
Alang - alang mahu letak rak buku tue, bos kemas rumah sekali.

20191021_001538091_iOS.jpg
Nie bear bos dapat dekat arcade, ufo machine, sekali try jeh. haha

Thumbnail image for 20191021_001528697_iOS.jpg
Rak buku aka rak tv bos beli warna gelap- gelap . Depan- depan tv, bos letak futon, sambil golek- golek, bolehlah
tengok tv, haha. Haiz boleh jadi pemalas nie.

Sebelum ini, tv disimpan didalam stor, tapi semasa taufan datang, untuk tahu perkembangan semasa, bos terpaksa
tengok tv.
Untuk pakai tv, korang kene bayar siaran diorang. Alang- alang dah kene bayar, mulai sekarang, bos pun bukak je la tv
time cuti- cuti.

Dan!!
Thumbnail image for 20191021_020824720_iOS.jpg
Jeng jeng jeng, dah sampai masa bos upgrade pc. Kebetulan Kedai pc ade buat promotion,
beli amd gpu dapat free mother board. Ape lagi, beli je la.

Nie spec yang bos up kan.
cpu: i5 4690k ⇒ amd ryzen 5 3600k
MotherBoard : Z97x ⇒ Asus B450- pro gaming
RAM: ddr3 16 gb ⇒ ddr 4 16 gb ( baru perasan ade RGB, hehe)
Dapat buku panduan untuk AMD cpu dan free clear folder kedai punya.

Next cuti nanti, bos akan tukar parts nie. Hmm, malas sikit, hehe.

Kalu tidak silap, pc parts dekat Malaysia lagi murah dari Jepun, tapi dekat Jepun senang untuk dicari.

Ramai yang tahu untuk cari part- part pc nie, Akihabara lah tempatnya. Tapi, bos cari dekat area dekat
dengan Hotel Ikebukuro jeh. Kedai Yamada Denki, tapi untuk eklusif untuk pc, diorang pakai nama Tsukumo.
Kedai ini kebanyakan barang diorang lagi murah dari Amazon.

Kepada peminat- peminat pc, bolehla korang tanya bos.



Posted by: hanif (October 23, 2019 3:58 AM)

Back To Top

Calendar

October 2019

Su Mo Tu We Th Fr Sa
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31